BAB 3 : Reka Bentuk Kurikulum Malaysia

 KONSEP DAN PENGERTIAN REKA BENTUK DAN MODEL KURIKULUM

Pengenalan

Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.

Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum  yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.

Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996).

Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).

REKABENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA

Maksud Rekabentuk Kurikulum

    Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.

    Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994).



Orientasi & Pola Reka Bentuk kurikulum

Orientasi Reka Bentuk Kurikulum


 


Berpusatkan pelajar

-Pembelajaran mengikut minat pelajar

-Organisasi kurikulum (minat, keperluan dan tujuan pelajar)

-Berorientasikan aktiviti dan membina pengalaman

-Bersifat terbuka kepada pelajar untuk turut sama dalam mereka bentuk kurikulum yang hendak mereka pelajar

-Contohnya; Sukatan pelajaran harian

Berpusatkan masyarakat

-Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat

-Berasaskan pemikir bahawa manusia sebagai makhluk sosial yang perlu hidup bersama dan ada konflik

-Dasar penyusunan struktur kurikulum tidak jelaskerana kurikulum hanya menekankan minat pelajar.

-Contohnya; Nilai dan norma masyarakat

Berpusatkan Akademik

-Menekankan pengetahuan, nilai dan warisan budaya

-Berorientasi kepada subjek dan pengetahuan

-Fokus kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek-Kurikulum berpusatkan isi kandungan (apa yang akan diajar)

-Contohnya; Kurikulum kebangsaan

Elektik

-Gabungan lebih dari satu pola dan orientasi kurikulum

-Contohnya; Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pola Reka Bentuk Kurikulum

 Kurikulum sebagai perancangan.

-Dalam pendidikan,kurikulum sangatlah penting dalam merancang pengajaran seharian

-Racangan pengajaran pula berpandukan topik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus, yang juga merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran.

-Contohnya; Sukatan Pelajaran Harian

Kurikulum sebagai objektif

-Objektif ditetapkan selaras dengan keperluan murid, masyarakat, pandangan pakar dalam bidang berkenaan berdasarkan falsafah dan matlamat pendidikan.

-Contohnya; Objektif pendidikan dalam kurikulum kebangsaan

Kurikulum sebagai proses

-Bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru, murid, bahan dan pengetahuan.

-Contohnya; aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Kurikulum sebagai hasil / outcome

-Kurikulum yang dapat melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan rakyat yang dapat memnuhi aspirasi negara.

-Contohnya; keberhasilan pembelajaran mengikut domain kognitif, afektif dan psikomotor.



Prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum

 

Di bawah terdapat beberapa keterangan mengenai prinsip

Prinsip

Keterangan

Contoh

Urutan

Pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih luas dan mendalam.

Timbunan- tambahan ilmu

Kesinambungan

Merupakan pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid-murid sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka.

Pemeringkatan illmu

Integrasi

Menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh

Pengalaman pembelajaran

Skop

Berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap pelajar menguasai kandungan mengikut tahap-tahap pendidikan dan kognitif.

Pendidikan dan kognitif

Imbangan   

Merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada pelajar-pelajar untuk menguasainya.

Agihan kesepadanan kepadatan kandungan

 

Model Kurikulum Rasional oleh Tyler (1949)

Empat Langkah/Persoalan



Pengalaman Pembelajaran

i. Pengertian

Pengalaman pembelajaran adalah interaksi antara murid-murid dan keadaan persekitaran mereka. Pengalaman pembelajaran boleh diberikan melalui keterlibatan pendengaran, penglihatan, perbuatan, kombinasi pendengaran, penglihatan, penglibatan dan perbuatan. Pengalaman tersebut berbentuk konkrit dan mudah difahami oleh murid dalam pembelajaran mereka.

ii. Ciri-ciri

§Setiap pengalaman belajar harus memuaskan pelajar.

§Kesinambungan : pengulangan menegak dari segi unsur-unsur penting kurikulum.

§Urutan : kaitan dengan kesimpulan. Ia menekankan betapa pentingnya pembinaan pengalaman yang baru berasaskan pengalaman yang lalu dan mendalami perkara-perkara yang dikaji serta mempengaruhi setiap tahap pengalaman pembelajaran.

§Integrasi : perkembangan mendatar pengalaman kurikulum yang menyentuh untuk menolong murid supaya mendapat satu pandangan yang bersepadu cara beransur dan menentukan bahawa tingkah laku itu sejajar dengan perkara yang dikaji.

§Pengalaman pelajar harus sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai. Setiap tujuan akan menentukan pengalaman pembelajaran.

§Setiap rancangan pengalaman pembelajaran sebaiknya melibatkan pelajar. Mungkin dalam satu pengalaman dapat mencapai tujuan yang berbeza.

iii. Pelaksanaan

§Menentukan isi kandungan bagi mencapai tujuan kurikulum berdasarkan pengalaman yang telah dimiliki oleh pelajar.

§Bahan yang dipelajari disusun pada unit-unit yang dapat digambarkan.

§Urutan pembelajaran dapat memudahkan terhadap penilaian pembelajaran.

§Penyusunan pengalaman pembelajaran adalah secara dimensi menegak dan dimensi mendatar.

Comments

Popular posts from this blog